An-Nisa, dari Ayat 1~10
1. Hai manusia ! berbaktilah
kepada Tuhan kamu yang telah jadikan kamu daripada satu diri, dan ia jadikan
daripada nya jodoh nya dan ia bangkitkan daripada mereka berdua, laki-laki yang banyak dan
perempuan-perempuan, dan takutlah kepada Allah yang kamu berminta-minta
dengan nama Nya, dan piliharalah keluarga,
kerana sesungguhnya Allah itu pengawas atas kamu.
2. Dan berikan lah kepada
anak-anak yatim itu harta-harta mereka, dan janganlah kamu menukar sesuatu yang
jelek dengan yang baik, dan janganlah kamu makan harta-harta mereka keharta-harta kamu, kerana
sesungguhnya yang demikian itu adalah dosa yang besar.
3. Dan jika kamu takut,
bahawa kamu tidak akan boleh berlaku adil tentang perkhawinan kamu dengan
anak-anak yatim, maka khawinlah beberapa perempuan yang kamu sukai : dua-dua,
dan tiga-tiga, dan empat-empat, tetapi jika kamu takut bahawa kamu tidak akan boleh
berlaku adil pula, maka khawinlah seorang
sahaja, atau hamba-hamba yang dimiliki oleh tangan-tangan kanan kamu, yang
demikian itu, lebih hampir buat kamu terhindar dari berlaku anyanya.
4. Dan berilah kepada perempuan-perempuan itu mas khawin mereka sebagai satu pemberian wajib, tetapi jika
mereka berikan kepada kamu sebahagian daripadanya, dengan rela hati mereka,
bolehlah kamu makan dia dengan senang sentosa.
5. Dan janganlah kamu
berikan kepada mereka yang tidak beres fikiran itu, harta-harta kamu yang Allah
telah jadikan pokok penghidupan bagi
kamu, tetapi berilah mereka makan padanya, dan berilah mereka pakaian, dan
katakan lah kepada mereka perkataan yang baik.
6. Dan hendaklah kamu
periksa anak-anak yatim, apabila mereka sampai umur buat khawin, maka kalau
kamu nampak kecerdikan pada mereka, hendaklah kamu serahkan kepada mereka
harta-harta mereka, dan janganlah kamu makan dengan boros dan dengan cepat
sebelum mereka besar, dan barang siapa kaya, hendaklah ia berjauh diri, dan
barang siapa miskin, boleh lah ia makan dengan patut. Maka
apabila kamu serahkan harta mereka kepada mereka, hendaklah kamu adakan
saksi atas mereka, dan Allah itu cukup sebagai pengira.
7. Laki-laki dapat bahagian
dari apa yang ditinggalkan oleh ibu bapa dan keluarga yang hampir, dan
perempuan-perempuan dapat bahagian dari
apa yang ditinggalkan oleh ibu bapa dan keluarga yang hampir, dari peningalan yang
sedikit atau yang banyak, iaitu satu bahagian yang sudah ditentukan.
8. Dan apabila keluarga yang
hampir dan anak-anak yatim dan orang-orang yang miskin hadir waktu pembahagian harta,
maka hendaklah kamu beri kepada mereka dari harta peninggalan itu dan katakan
lah kepada mereka perkataan yang baik.
9. Dan hendaklah
berhati-hati orang-orang yang jika meninggal kan dibelakang mereka anak-anak
yang lemah, mereka akan khuatir
kecelakaan atas mereka. Lantaran itu,
hendaklah mereka takut kepada Allah dan hendaklah mereka berkata perkataan yang
betul.
10. Sesungguhnya orang-orang
yang memakan harta anak-anak yatim dengan anyanya itu, tidak lain melainkan
menelan api keperut-perut mereka, dan mereka akan masuk diapi yang bernyala-nyala.
Sumber dari;
[] http://pemudah.blogspot.my/2015/10/annisa.html
Following Twitter, [] http://pemudah.blogspot.my/2015/10/annisa.html
[] https://twitter.com/siti306gmail/status/659204956990279680
.