Tuesday, October 27, 2015

Khatam Surah AnNisa

An-Nisa, dari  Ayat 1~10

1. Hai manusia ! berbaktilah kepada Tuhan kamu yang telah jadikan kamu daripada satu diri, dan ia jadikan daripada nya jodoh nya dan ia bangkitkan daripada  mereka berdua, laki-laki yang banyak dan perempuan-perempuan, dan takutlah kepada Allah yang kamu berminta-minta dengan  nama Nya, dan piliharalah keluarga, kerana sesungguhnya Allah itu pengawas atas kamu.

2. Dan berikan lah kepada anak-anak yatim itu harta-harta mereka, dan janganlah kamu menukar sesuatu yang jelek dengan yang baik, dan janganlah kamu makan harta-harta  mereka keharta-harta kamu, kerana sesungguhnya yang demikian itu adalah dosa yang besar.

3. Dan jika kamu takut, bahawa kamu tidak akan boleh berlaku adil tentang perkhawinan kamu dengan anak-anak yatim, maka khawinlah beberapa perempuan yang kamu sukai : dua-dua, dan tiga-tiga, dan empat-empat, tetapi jika kamu takut bahawa kamu tidak akan boleh berlaku  adil pula, maka khawinlah seorang sahaja, atau hamba-hamba yang dimiliki oleh tangan-tangan kanan kamu, yang demikian itu, lebih hampir buat kamu terhindar dari berlaku anyanya.

4. Dan berilah kepada  perempuan-perempuan itu  mas khawin mereka  sebagai satu pemberian wajib, tetapi jika mereka berikan kepada kamu sebahagian daripadanya, dengan rela hati mereka, bolehlah kamu makan dia dengan senang sentosa.

5. Dan janganlah kamu berikan kepada mereka yang tidak beres fikiran itu, harta-harta kamu yang Allah telah jadikan  pokok penghidupan bagi kamu, tetapi berilah mereka makan padanya, dan berilah mereka pakaian, dan katakan lah kepada mereka perkataan yang baik.

6. Dan hendaklah kamu periksa anak-anak yatim, apabila mereka sampai umur buat khawin, maka kalau kamu nampak kecerdikan pada mereka, hendaklah kamu serahkan kepada mereka harta-harta mereka, dan janganlah kamu makan dengan boros dan dengan cepat sebelum mereka besar, dan barang siapa kaya, hendaklah ia berjauh diri, dan barang siapa miskin, boleh lah ia makan dengan patut.  Maka  apabila kamu serahkan harta mereka kepada mereka, hendaklah kamu adakan saksi atas mereka, dan Allah itu cukup sebagai pengira.

7. Laki-laki dapat bahagian dari apa yang ditinggalkan oleh ibu bapa dan keluarga yang hampir, dan perempuan-perempuan  dapat bahagian dari apa yang ditinggalkan oleh ibu bapa dan keluarga yang hampir, dari peningalan yang sedikit atau yang banyak, iaitu satu bahagian yang sudah ditentukan.

8. Dan apabila keluarga yang hampir dan anak-anak yatim dan orang-orang yang miskin hadir waktu pembahagian harta, maka hendaklah kamu beri kepada mereka dari harta peninggalan itu dan katakan lah kepada mereka perkataan yang baik.

9. Dan hendaklah berhati-hati orang-orang yang jika meninggal kan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, mereka  akan khuatir kecelakaan atas mereka.  Lantaran itu, hendaklah mereka takut kepada Allah dan hendaklah mereka berkata perkataan yang betul.

10. Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim dengan anyanya itu, tidak lain melainkan menelan api keperut-perut mereka, dan mereka akan masuk diapi yang bernyala-nyala.

Following Twitter,
[] https://twitter.com/siti306gmail/status/659204956990279680 



.

Tuesday, March 26, 2013

About OIC and GAZA

and
What about SOP for ASIAN and OIC leader ?
[]  






 
Search Engine Submission - AddMe
siti306gmailcom@yahoo.com    
(alt, N14.Bandar@outlook.my).

Friday, September 16, 2011

Australia



(alt, N14.Bandar@outlook.my).
 

Thursday, February 3, 2011

Saturday, March 13, 2010